Template Standard Kad Bisnes Kedai Buku
Syukur alhamdulillah,siap jugak akhirnya template untuk standar kad bisnes yang kelima.Kad bisnes khas untuk pemilik kedai buku.Kad bisnes untuk kedai buku ini tidak terlalu kompleks.Ulat Designer saja buat kad bisnes kali ini yang simple-simple dan mudah.Insyaallah selepas ini Ulat Designer akan cuba buat rekaan yang lebih matang.
Muka depan kad bisnes kedai buku yang berukuran 3.5 inci X 2 inci ini berlatar belakangkan imej atau gambar rak buku.Sesuai dengan tema buku.Manakala bentuk segiempat untuk nama atau nama kedai berwarna hitam.Manakala untuk muka belakang,kad ini berlatar belakangkan warna hitam kopi.Kesemua font untuk teks yang terdapat pada kad ini menggunakan font jenis Arial Bold yang bersaiz 8pt,12pt dan 6pt.
Lain-lain details tentang template kad bisnes kedai buku ini
- Template Kad Bisnes Adobe Photoshop CC 2015
- Berukuran 3.5 inci X 2 inci
- Khas untuk kedai buku
- Resolusi 200 Pixels
- CMYK Color dengan 8 bit
- Font menggunakan Arial Bold
- Font bersaiz 12pt,8pt dan 6pt
- Boleh Edit ikut kesukaan anda
Jika anda berminat untuk jadikan rekaan kad bisnes ini sebagai kad bisnes kedai buku anda,boleh muat turun template PSD fail dengan mengklik DOWNLOAD dibawah.
Anda boleh edit sendiri template kad bisnes ikut kesukaan dan hantar ke kedai cetak kad bisnes atau anda boleh terus mendapatkan perkhidmatan Ulat Designer untuk mengedit kad ini mengikut rekaan yang anda inginkan.Sila email kepada eshoplynk@gmail.com untuk mendapatkan perkhidmatan edit bisnes kad.Setiap perkhidmatan akan dikenakan bayaran berdasarkan rekaan.Template Standard Kad Bisnes Kedai Buku muka belakang - DOWNLOAD
Comments
Post a Comment
Komen hendaklah berunsur positif dan membina.Segala komen anda pihak Ulat Designer hargai dan akan dijadikan sebagai panduan untuk terus meningkatkan mutu hasil karya.