Template Standard Kad Bisnes Peribadi
Alhamdulillah,siap juga template untuk standard kad bisnes Ulat Designer yang kedua yang bersaiz 3.5 inci X 2 inci.
Rekaan bisnes kad yang kedua ini Ulat Designer tidak menggunakan banyak warna,sama seperti yang terdapat pada template rekaan bisnes kad Ulat Designer yang pertama dulu.Boleh rujuk portfolio disini - Business Card Template 1.
Menggunakan 3 warna iaitu hitam ,kuning dan putih.Kad bisnes ini sesuai untuk kad peribadi.
Huruf "M" berwarna putih pada template depan kad bisnes ini menggunakan font jenis Corbel Bold bersaiz 48pt manakala untuk ayat atau teks putih Your Name menggunakan font jenis Calibri Bold Italic dengan saiz 12pt.Halaman belakang bisnes kad ini,segala details seperti alamat dan sebagainya,Ulat Desingner menggunakan font Calibri Light bersaiz 8pt.
Bagi yang berminat untuk jadikan rekaan kad bisnes ini sebagai pilihan untuk kad bisnes peribadi anda,anda boleh muat turun template yang telah disediakan dan klik Download dibawah.Edit ikut kesukaan anda.Anda boleh edit kesemua text dan huruf yang ada pada template ini.Pastikan anda Share blog portfolio Ulat Designer ini dan tinggalkan komen dibawah.Sebarang pertanyaan,boleh komen dibawah.Terima kasih.
Nota:Minta maaf,untuk sementara ini,Ulat Designer tidak menyediakan perkhidmatan mencetak mana-mana kad bisnes.
Details lain tentang rekaan kad bisnes kedua ini
- Rekaan Ulat Designer
- Kad bisnes saiz 3.5 inci X 2 inci
- Sesuai untuk kad bisnes peribadi
- Template untuk Adobe Potoshop CC 2015
- 3 warna mudah,Kuning,Hitam,Putih
- Jenis font - Corbel Bold,Calibri Bold Italic,Calibri Light
- Teks dan huruf boleh edit ikut kesukaan.
PSD Template Kad Bisnes Ulat Designer Muka depan - DOWNLOAD
PSD Template Kad Bisnes Ulat Designer Muka belakang - DOWNLOAD
Comments
Post a Comment
Komen hendaklah berunsur positif dan membina.Segala komen anda pihak Ulat Designer hargai dan akan dijadikan sebagai panduan untuk terus meningkatkan mutu hasil karya.